Hak Pengguna

Hak-hak dan perlindungan pengguna perlulah dilihat secara menyeluruh iaitu yang meliputi dasar yang menjadi amalan pernerintah berhubung dengan kepenggunaan. Undang-undang yang digubal dengan tujuan melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna, pendidikan dan kesedaran kepenggunaan di kalangan pengguna serta penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan hak-hak dan kepentingan pengguna.Tanpa adanya keempat-empat unsur utama tersebut maka matlamat melindungi hak-hak dan kepentingan pengguna sukar dicapai. Hubungan antara tiap-tiap unsur berkenaan kepada pengguna dapat dilihat dengan mudah dalarn model perlindungan pengguna seperti berikut:



Hak pengguna ialah satu bentuk peraturan yang dibuat oleh kerajaan bagi melindungi hak serta kepentingan para pengguna. Sebagai contoh, penjual-penjual diwajibkan menunjukkan tanda harga sebagai tanda pemeberitahuan kepada pengguna.

Hak untuk mendapatkan keperluan asas

Pengguna berhak mendapatkan barang dan perkhidmatan asas bagi menjamin kehidupan yang memuaskan di dunia moden ini. Keperluan asas ini termasuk makanan yang mencukupi dan selamat, pakaian, perumahan, kemudahan kesihatan dan pendidikan, dan sebagainya

Hak untuk mendapatkan keselamatan
Pengguna dilindungi daripada pemerosesan dan pemasaran barang serta perkhidmatan yang boleh membahayakan pengguna.

Hak untuk mendapatkan maklumat
Pengguna mesti diberi maklumat yang mencukupi dan tepat untuk memudahkannya membuat keputusan yang bijak. Pengguna hendaklah dilindungi juga daripada dakyah pengiklanan, pelabelan dan amalan lain yang palsu, penipuan dan penyelewengan.
 
Hak membuat pilihan

 Pengguna hendaklah diberi maklumat secara langsung mengenai pelbagai keluaran dan perkhidmatan. Pengguna perlu diberi penerangan yang dapat memberi pilihan dalam membentuk keputusan serta mendapat jaminan bagi menentukan mutu dan perkhidmatan memuaskan dengan harga yang berpatutan. Ianya merujuk kepada suatu jaminan agar jumlah barangan dan perkhidmatan di pasaran mencukupi dengan harga yang berpatutan.

Hak untuk mendapatkan maklumat 

Hak untuk mendapat maklumat yang jelas dan lengkap tentang sesuatu barangan atau perkhidmatan yang ditawarkan.Hak untuk pampasan. Hak untuk mendapat pampasan yang berpatutan jika sesuatu barangan atau perkhidmatan tidak memberi kepuasan yang sepatutnya daripada maklumat yang diberi.

 

Hak untuk barangan dan perkhidmatan yang selamat

Hak untuk mendapat barangan dan perkhidmatan yang tidak membahayakan keselamatan dan kesihatan pengguna.

Hak untuk bersuara(pandangan)

Hak untuk memberi pandangan dan pendapat tentang sesuatu isu-isu yang berkaitan dengan minat pengguna.

Hak untuk pendidikan kepenggunaan

Hak untuk mendapat pendidikan kepenggunaan yang membolehkan seseorang untuk menjadi pengguna yang bijak.

Hak untuk hidup dalam persekitaran yang kondusif kepada kesihatan yang baik

Hak untuk hidup dalam persekitaran yang bersih yang membolehkan kesihatan dan kesejahteraan pengguna dilindungi.